Kata-kata Aluan...

Selamat membaca dan mendapat faedah darinya..

Rabu, 7 April 2010

Horoskop..

"saya leo, awak pula bintang apa?"..soalan sebegini selalu didengari tambah-tambah lagi di kalangan golongan muda.
jika dilihat sekarang, ramalan zodiak banyak disajikan di media massa dan majalah. malah laman sosial seperti facebook,my space dan macam-macam lagi menyediakan kuiz berunsurkan ramalan.
-ketahui personaliti melalui zodiak, sifat peribadi, ramalan nasib bulan-bulan.- saya juga pernah satu dua kali klik link-link tersebut. "saja suka-suka, bukannya percaya pun" itulah yang selalu menjadi alasan.

tetapi, sebenarnya walau sekadar untuk suka-suka, berdasarkan ulasan ulama' Yusuf al-Qardawi solat orang yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau SMS tidak akan diterima Allah selama 40 hari. masyaAllah

kenapa solat tidak diterima walaupun kita tidak mempercayai ramalannya?

Perbuatan membaca ramalan bintang ini sama seperti berjumpa tukang ramal dan perkara sebegini membawa kepada syirik.

diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya .

(hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).

Hukum sihir telah jelas adalah HARAM dan membawa kufur dan terbatalnya iman.

Perbuatan ini juga bukan saja merosakkan aqidah tetapi juga aspek psikologi dan menyebabkan hidup tidak keruan kerana pengaruh ramalan tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi perjalanan hidup sehari-sehari.
Contohnya, ramalan hari ini mengatakan kita akan tergelincir dari tangga dan perlu berhati-hati. Mungkin kita pada hari itu menjadi agak takut untuk menaiki tangga dan disebabkan terlalu berhati-hati, akibatnya kita akhirnya tergelincir juga di anak tangga.

Lihatlah, apabila kebetulan perkara yang diramalkan itu benar-benar berlaku, daripada suka-suka ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan kita terjatuh ke lembah kepercayaan karut ini. nauzubillah..

Bilakah dan dari manakah bermulanya kepercayaan horoskop ini?

Kepercayaan horoskop ini berasal dari mesopotamia , terletak di antara sungai Tigris dan Euphrates di Iraq dan merupakan daerah asal masyarakat Babylon.
Bermula sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi, kepercayaan dan amalan itu berkembang sehingga dikenali sebagai horoskop yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

Contoh, bintang Capricorn untuk mereka yang lahir antara tanggal 22 Disember hingga 20 Januari. Menurut mitos yunani, lambang bintang itu adalah kambing yang bernama Almateus. Kambing ini pernah memberi air kepada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika itu. Bagi mengenang jasa Almateus, kambing itu dijadikan bintang dan bercahaya di langit.

Sebagai umat Islam, mari kita renung sejenak.
Kenapa kita perlu fikirkan tentang 'kambing' sedangkan banyak lagi perkara bermanfaat yang perlu kita fikirkan?

Mulai sekarang, marilah kita sama-sama menjauhi amalan membaca ramalan ini walaupun untuk suka-suka kerana melalui amalan yang kecil inilah sebenarnya menyebabkan kita terjerumus ke dalam dosa besar. percayalah, sesuatu itu tidak akan terjadi melainkan dengan kehendaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan