Kata-kata Aluan...

Selamat membaca dan mendapat faedah darinya..

Khamis, 1 April 2010

Say No To April Fool !!

Sebut tentang 'April Fool', pasti ramai di antara kita tidak akan melepaskan peluang untuk mengenakan atau membuat satu kejutan kepada rakan-rakan, keluarga dan sebagainya, inilah tarikh yang ditunggu-tunggu..seronok rasanya bukan??

Tapi adakah kita tahu sejarah bagaimana permulaan sambutan 'April Fool' atau kita raikan
tanpa mengetahui sejarahnya ..di sini ingin saya kongsi sesuatu kepada pembaca, apakah sejarah yang membuatkan saat 1 April menjadi sesuatu yang diraikan oleh masyarakat barat hingga menjadi ikutan kepada sesetengah umat Islam..

********************************************************************************

April Fool mula diraikan ketika kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tahun 1487.
Sewaktu perang salib, satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki tentera kristian dan Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki.
Penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Ketika jalan-jalan mulai sepi dan dipenuhi mayat yang bergelimpangan, tenetra salib masih tidak berpuas hati dan berazam untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol.
Mereka bersepakat membuat helah dan dengan lantang membuat pengumuman bahawa penduduk Islam boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam yang curiga dengan tawaran tersebut pergi ke pelabuhan dan melihat kapal yang dimaksudnya. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, mereka segera bersiap-siap untuk berlayar meninggalkan Granada.

Keesokannya pada 1 April, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah dengan membawa semua barangan lalu menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera salib tersebut bertahan dan terus bersembunyi dalam rumah-rumah mereka.
Setelah penduduk Islam memenuhi pelabuhan, tentera salib dengan pantas menggeledah dan membakar rumah-rumah yang ditinggalkan. Penduduk Islam yang masih bersembunyi di dalam rumah juga turut dibakar bersama-sama rumah mereka.

Tentera salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan membawa keluar penduduk Islam. Penduduk Islam yang kebanyakannya terdiri dari wanita dan kanak-kanak tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Tentera salib yang tidak berperikemanusiaan itu mengepung dan membunuh mereka seorang demi seorang sehingga bumi Granada dibanjiri darah. Ada yang disembelih, dibantai, ditikam dan bermacam-macam lagi. Laut yang biru bertukar menjadi merah kehitam-hitaman dan suara tangisan dan laungan takbir semakin lama semakin tidak kedengaran.

********************************************************************************

Tragedi 1 April 1487 inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian sebagai “The Aprils Fool Day”. Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi berdarah yang sangat menyedihkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan