Kata-kata Aluan...

Selamat membaca dan mendapat faedah darinya..

Sabtu, 3 April 2010

Rahsia Buah Pisang

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropika unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!
Sedikit tip; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan

Khamis, 1 April 2010

Say No To April Fool !!

Sebut tentang 'April Fool', pasti ramai di antara kita tidak akan melepaskan peluang untuk mengenakan atau membuat satu kejutan kepada rakan-rakan, keluarga dan sebagainya, inilah tarikh yang ditunggu-tunggu..seronok rasanya bukan??

Tapi adakah kita tahu sejarah bagaimana permulaan sambutan 'April Fool' atau kita raikan
tanpa mengetahui sejarahnya ..di sini ingin saya kongsi sesuatu kepada pembaca, apakah sejarah yang membuatkan saat 1 April menjadi sesuatu yang diraikan oleh masyarakat barat hingga menjadi ikutan kepada sesetengah umat Islam..

********************************************************************************

April Fool mula diraikan ketika kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tahun 1487.
Sewaktu perang salib, satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki tentera kristian dan Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki.
Penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Ketika jalan-jalan mulai sepi dan dipenuhi mayat yang bergelimpangan, tenetra salib masih tidak berpuas hati dan berazam untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol.
Mereka bersepakat membuat helah dan dengan lantang membuat pengumuman bahawa penduduk Islam boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam yang curiga dengan tawaran tersebut pergi ke pelabuhan dan melihat kapal yang dimaksudnya. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, mereka segera bersiap-siap untuk berlayar meninggalkan Granada.

Keesokannya pada 1 April, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah dengan membawa semua barangan lalu menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera salib tersebut bertahan dan terus bersembunyi dalam rumah-rumah mereka.
Setelah penduduk Islam memenuhi pelabuhan, tentera salib dengan pantas menggeledah dan membakar rumah-rumah yang ditinggalkan. Penduduk Islam yang masih bersembunyi di dalam rumah juga turut dibakar bersama-sama rumah mereka.

Tentera salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan membawa keluar penduduk Islam. Penduduk Islam yang kebanyakannya terdiri dari wanita dan kanak-kanak tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Tentera salib yang tidak berperikemanusiaan itu mengepung dan membunuh mereka seorang demi seorang sehingga bumi Granada dibanjiri darah. Ada yang disembelih, dibantai, ditikam dan bermacam-macam lagi. Laut yang biru bertukar menjadi merah kehitam-hitaman dan suara tangisan dan laungan takbir semakin lama semakin tidak kedengaran.

********************************************************************************

Tragedi 1 April 1487 inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian sebagai “The Aprils Fool Day”. Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi berdarah yang sangat menyedihkan.

Isnin, 29 Mac 2010

YANG BIASA & LUAR BIASA.....

1. Sembahyang

Yang biasa:
Ramai dari kita yang sembahyang. Yang biasa, kita sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih "Better late than never" menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.

Luar biasa:
Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sembahyang. Kalau begitu, sahihlah dia orang luarbiasa .

2. Sedekah

Biasa :
Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press,sekurang-kurangnya, kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedeqah yang ikhlas akan dibalas oleh Allah.

Luarbiasa:
Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata,tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau takjub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah, akan turun rahmat serta ampunan Allah.

3. Berjaga malam

Biasa :
Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.

Luarbiasa:
Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan menghisab diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Allah, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dari-Nya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.

4. Kerja

Biasa:
Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita,
tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah,tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Allah punya kuasa.

Luarbiasa:
Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Allah. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Allah. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Allah sehingga tersilap menggunakan nikmat dari-Nya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Allah .Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.

Sabtu, 27 Mac 2010

Puisi Terindah..

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,
Demi bulan apabila ia mengiringi,
Demi siang hari bila menampakkan diri,
Demi malam apabila ia menutupi,
Demi langit berserta seluruh binaannya,
Demi bumi serta yang ada di hamparannya,
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaan ciptaannya…

Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaannya,
Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya dan
Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya….”


[Al-Qur an,Surah Asy-Syams: ayat : 1 – 9 ]

Isnin, 22 Mac 2010

Renung-renungkan...

Ada seekor monyet yang berpeluk pada dahan pokok. Tiba-tiba angin halilintar dan puting beliung melanda kawasan itu. Makin kuat sang monyet mendakap pokok itu. Dan monyet itu berjaya mengelakkan dirinya dari malapetaka itu. Sedang sang monyet berehat, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa, meniup kawasan pokok tersebut. Monyet itu semakin selesa dengan angin yang lemah gemalai itu, dakapannya semakin longlai dan akhirnya sang monyet ini tumpas. Pengajaran: Jangan jadi monyet. Bukan! Jangan kita lupa bila diuji dengan kesenangan . Ramai yang berjaya bila diuji dengan kepayahan dan kesusahan. Namun tak ramai yang berjaya bila diuji dengan kesenangan.

Ahad, 21 Mac 2010

Cendiakawan berpendirian sederhana

KETENANGAN pagi Rabu 10 Mac lalu telah menyaksikan pemergian ulama terkenal Mesir, Sheikh Al-Azhar Prof. Dr. Muhammad Sayed Tantawi buat selama-lamanya. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya kerana serangan jantung pada usia 82 tahun.

Ketika itu beliau sedang menaiki sebuah pesawat dalam perjalanan pulang ke Mesir selepas menghadiri majlis Anugerah Antarabangsa Raja Faisal di Arab Saudi.

Jenazah Tantawi dikebumikan di Jannatul Baqee, Madinah yang menempatkan makam saudara-mara dan sahabat Nabi Muhammad S.A.W.

Pemergian figura tersohor itu bukan sahaja meninggalkan rasa sedih dan kehilangan bagi seluruh ahli keluarga beliau. Ketiadaan Tantawi kini amat dirindui segenap lapisan masyarakat global yang mengingati ketokohan, kebijaksanaan dan keluasan spektrum pandangan minda Tantawi yang sering mengajak pendengar beliau berfikir.

"Perwatakannya sederhana, lemah-lembut apabila berbicara namun amat tegas apabila membincangkan berhubung isu dan masalah umat Islam di seluruh dunia," demikian ulasan Penasihat Agama Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut mengenai keperibadian Allahyarham Tantawi.

Berbeza dengan ulama-ulama tradisional yang lain, Tantawi, 82, merupakan seorang cendekiawan berpendirian sederhana dan lebih bertoleransi dalam menyampaikan pendapat dan hujahnya.

Menurut Nooh, secara peribadi beliau mengenali Tantawi sebagai seorang yang mudah didekati tanpa protokol atau temu janji.

Nooh pernah menjalani kursus Pengurusan Fatwa di Darul Al-Iftak, Kementerian Keadilan Mesir kira-kira sedekad lalu di bawah seliaan Tantawi.

Malah hampir semua kos perbelanjaan Nooh ditanggung oleh bekas gurunya itu.

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut kedatangan Allahyarham Tantawi yang melawat Malaysia pada Julai 2003.

"Kerana sifat tawaduknya itu, beliau disanjungi oleh pelajar-pelajar Al-Azhar dan umat Islam di seluruh dunia selain dikagumi pemimpin-pemimpin bukan Islam," katanya kepada Kosmo!

Biarpun sibuk dengan tugasan seharian, Tantawi komited semasa mengajar malah menganggap para pelajar Universiti Al-Azhar sebagai anak-anaknya sendiri.

Nooh memberitahu, adakalanya jika berkesempatan gurunya itu akan mengimamkan mereka menunaikan solat di masjid selain tidak lokek membekalkan buku-bukunya sebagai panduan kepada pelajar-pelajar universiti.

Tantawi juga mewakafkan beberapa kawasan di sekitar Al-Azhar untuk dijadikan asrama pelajar di samping memberi bantuan biasiswa bulanan kepada mereka yang memerlukan.

Dilahirkan pada 28 Oktober 1928 di perkampungan Salim As-Syarqiyyah di daerah Tama, Soohaj kira-kira 290 kilometer ke selatan bandar raya Kaherah, Mesir, Tantawi merupakan anak sulung daripada enam beradik.

Minatnya dalam bidang agama terserlah apabila mula menghafal al-Quran pada usia 13 tahun sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Agama Iskandariah.

Beliau dianugerahkan ijazah doktor falsafah dalam pengajian Hadis dan Tafsir dari Universiti Al-Azhar sebelum menjadi ahli fakulti Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Islam Libya pada 1972.

Beliau kemudian berpindah ke Arab Saudi pada 1980 untuk menjadi Ketua Jabatan Tafsir, Universiti Madinah, Arab Saudi sebelum kembali ke Mesir lima tahun kemudian. Pada 1985 beliau menjadi dekan di salah sebuah fakulti di Institut Agama Iskandariah.

Tahun 1986 semasa ulang tahun kelahirannya ke-56, beliau telah dilantik sebagai Imam Besar Mesir dan memegang jawatan itu selama sepuluh tahun.

Kerana ketokohannya, Presiden Mesir, Hosni Mubarak telah memilihnya sebagai Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Sheikh Al-Azhar pada 1996.

Sebagai peneraju di universiti pertama dunia itu, beliau berjaya mengemudi Al-Azhar sama seperti tokoh-tokoh sebelumnya iaitu Mahmud Shaltut dan Prof. Dr. Abdul Halim Mahmoud lakukan iaitu melahirkan ribuan ilmuan Islam dalam pelbagai bidang.

Tantawi juga menghasilkan beberapa kitab yang kini menjadi sumber rujukan masyarakat Islam di seluruh dunia seperti tafsir al-Quran setebal 7,000 muka surat yang dikenali sebagai al-tafser al-waset yang dihasilkannya dalam tempoh sedekad.

Kontroversi

Sepanjang memegang jawatan Sheikh Al-Azhar, Tantawi dikenali sebagai seorang ulama berpandangan liberal terutama berhubung isu hak asasi wanita.

Tetapi pendapatnya sering dikritik oleh Ahli Parlimen Mesir, akhbar pro pembangkang dan pertubuhan Islam Mesir kerana dilihat terlalu menurut dasar yang ditetapkan kerajaan Mesir.

Antara isu berbangkit ialah apabila beliau menentang amalan berkhatan pada wanita sekali gus mencetuskan kritikan kumpulan hak asasi kerana tidak menurut cara Islam.

DELEGASI Mashitah (kiri) dan rombongan pegawai kerajaan Malaysia melawat Tantawi di Mesir pada penghujung Januari lalu bagi membincangkan isu-isu semasa dan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.

Tujuh tahun lalu, ketika Perancis dikritik oleh dunia Islam kerana mengharamkan tudung di sekolah-sekolah di negara itu, Tantawi menyatakan menutup aurat adalah tanggungjawab semua wanita beragama Islam. Bagaimanapun, negara bukan Islam berhak menentukan undang-undang mereka sendiri.

Tahun lalu, sekali lagi kontroversi tercetus apabila beliau melarang purdah di semua sekolah dan kediaman yang bersekutu dengan Universiti Al-Azhar kecuali di kelas yang mempunyai guru lelaki.

Tantawi pernah didesak meletak jawatan kerana bersalaman dengan Presiden Israel, Shimon Peres pada persidangan antarabangsa di New York dua tahun lalu.

Kepada Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid, biarpun sering dikritik, Tantawi sentiasa tenang dan tidak mudah melenting malah bersedia menerima pandangan orang lain.

"Sebagai seorang yang mahir dalam bidang akidah dan falsafah Islam, Tantawi tidak gentar menyatakan kebenaran dan pendapat.

"Beliau melihat konteks Islam dalam skop yang lebih luas dan sesuai dengan perkembangan zaman," ujarnya yang juga pernah berguru bersama Tantawi selama tiga bulan di Mesir tujuh tahun lalu.

Mengambil contoh isu purdah, Mohd. Tamyes berkata, ulama itu tidak sewenang-wenang mengharamkan pemakaiannya tanpa mempunyai alasan yang kukuh serta dirasakan wajar.

Katanya, Islam tidak melihat pemakaian purdah sebagai sesuatu yang wajib kepada seseorang wanita kecuali ia boleh menimbulkan pelbagai fitnah kepada dirinya.

Beliau menjelaskan, ketika ini kerajaan Arab Saudi turut melarang pemakaian purdah dalam kalangan wanita semasa memasuki Masjidil Haram atas faktor keselamatan.

Apakah pandangan Mohd. Tamyes berhubung isu Tantawi bersalaman dengan Presiden Israel dan pemimpin-pemimpin asing wanita? Mohd. Tamyes menjelaskan, ia hanya sekadar menunjukkan perasaan hormat ulama itu kepada orang bukan Islam selain mengelakkan perasaan aib individu terbabit.

"Kita semua tahu sekali pun berjabat tangan dengan wanita ajnabi (dibolehkan berkahwin) hukumnya makruh sekiranya tiada sebab tertentu, ia dibolehkan dalam keadaan tertentu.

"Sebagai orang Islam kita dikehendaki menghormati dan sentiasa menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan orang lain selagi ia tidak menyakitinya," katanya.

Tantawi juga menolak pendekatan yang ekstrem seperti yang dilakukan oleh kumpulan Taliban dan Al-Qaeda semata-mata mahu menunjukkan permusuhan mereka terhadap bukan Islam.

Beliau menyifatkan tindakan Osama Bin Laden yang memanggil pengebom berani mati semasa serangan 11 September pada 2001 sebagai jihad tidak sah dan tidak terkandung dalam ajaran Islam.

Tantawi menggelar pengebom berani mati sebagai musuh-musuh Islam dan memberitahu mereka yang berlainan agama harus bekerjasama dan seharusnya tidak bermusuh atau terlibat dalam konflik.

Menurut Tantawi, unsur ekstremisme adalah musuh Islam sedangkan jihad dibenarkan untuk membela dan membantu mereka yang tertindas, perbezaan di antara kedua-dua tindakan itu ibarat langit dan bumi.

Dalam satu kenyatannya semasa Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar di Kuala Lumpur dua tahun lalu, Tantawi menjelaskan terdapat perbezaan antara meletupkan diri di tempat awam dengan di tengah-tengah musuh.

"Mereka yang meletupkan dirinya dalam kalangan musuh yang cuba untuk membunuh dan memusnahkan negara mereka, maka pembunuhan diri seperti itu adalah syahid.

"Tetapi mereka yang meletupkan diri dalam kalangan wanita, kanak-kanak dan di pasar awam, tindakan itu bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

TANTAWI menerima kunjungan pewaris takhta Britain, Putera Charles dan isterinya Camilla yang mengadakan kunjungan ke Masjid Al-Azhar di Kaherah pada Mac 2006.

Sementara itu, Presiden Perancis Nicolas Sarkozy berkata, Tantawi bekerja tanpa kenal penat lelah untuk mempromosikan pemahaman antara bangsa dan agama.

Malaysia negara Islam

Keluasan ilmu agama Tantawi turut diiktiraf apabila beliau sering kali dijemput untuk menyampaikan ceramah pada seminar dan majlis ilmiah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, Tantawi kagum dengan pembangunan dan kemakmuran Malaysia yang dilihatnya berpotensi untuk menjadi sebuah negara Islam yang maju satu hari nanti.

Mashitah berkata, semasa pertemuannya dengan ulama itu di Mesir pada penghujung Januari lalu, ulama itu melahirkan rasa bangganya terhadap rakyat Malaysia yang disifatkannya mempunyai akhlak yang baik.

"Tantawi menjelaskan, untuk mewujudkan sebuah negara Islam seperti Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa namun tetap hidup dalam keadaan harmoni bukannya sesuatu yang mudah.

"Beliau menjelaskan kepada saya, sedangkan di beberapa negara Islam yang telah lama wujud sebelum Malaysia, masyarakatnya masih berpecah-belah dan bersengketa disebabkan perbezaan mazhab dan agama, tetapi ia tidak berlaku di Malaysia," katanya terharu kerana mendapat pujian daripada Tantawi sehingga di gelar Ummul Azhar yang bermaksud anak didik Al-Azhar atas kejayaannya dalam kerjaya dan politik.

Sepanjang hayat Allahyarham Tantawi, beliau berhadapan dengan zaman cabaran paling hebat buat umat Islam dan pemahaman global mengenai agama suci itu. Kini, beliau sudah tiada. Beliau sudah melaksanakan bahagian dan tanggungjawabnya.

Jumaat, 19 Mac 2010

Rahsia kenali diri melalui tulisan by Dato’ Dr haji mohammad Fadzilah Khamsah


Rahsia kenali diri melalui tulisan by Dato’ Dr haji mohammad Fadzilah Khamsah

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…