Yang biasa:
Ramai dari kita yang sembahyang. Yang biasa, kita sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih "Better late than never" menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.
Luar biasa:
Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sembahyang. Kalau begitu, sahihlah dia orang luarbiasa .
2. Sedekah
Biasa :
Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press,sekurang-kurangnya, kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedeqah yang ikhlas akan dibalas oleh Allah.
Luarbiasa:
Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata,tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau takjub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah, akan turun rahmat serta ampunan Allah.
3. Berjaga malam
Biasa :
Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.
Luarbiasa:
Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan menghisab diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Allah, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dari-Nya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.
4. Kerja
Biasa:
Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita,
tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah,tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Allah punya kuasa.
Luarbiasa:
Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Allah. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Allah. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Allah sehingga tersilap menggunakan nikmat dari-Nya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Allah .Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.
Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,
Demi bulan apabila ia mengiringi,
Demi siang hari bila menampakkan diri,
Demi malam apabila ia menutupi,
Demi langit berserta seluruh binaannya,
Demi bumi serta yang ada di hamparannya,
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaan ciptaannya…
Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaannya,
Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya dan
Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya….”
Ada seekor monyet yang berpeluk pada dahan pokok. Tiba-tiba angin halilintar dan puting beliung melanda kawasan itu. Makin kuat sang monyet mendakap pokok itu. Dan monyet itu berjaya mengelakkan dirinya dari malapetaka itu. Sedang sang monyet berehat, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa, meniup kawasan pokok tersebut. Monyet itu semakin selesa dengan angin yang lemah gemalai itu, dakapannya semakin longlai dan akhirnya sang monyet ini tumpas. Pengajaran: Jangan jadi monyet. Bukan! Jangan kita lupa bila diuji dengan kesenangan . Ramai yang berjaya bila diuji dengan kepayahan dan kesusahan. Namun tak ramai yang berjaya bila diuji dengan kesenangan.
KETENANGAN pagi Rabu 10 Mac lalu telah menyaksikan pemergian ulama terkenal Mesir, Sheikh Al-Azhar Prof. Dr. Muhammad Sayed Tantawi buat selama-lamanya. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya kerana serangan jantung pada usia 82 tahun.
Ketika itu beliau sedang menaiki sebuah pesawat dalam perjalanan pulang ke Mesir selepas menghadiri majlis Anugerah Antarabangsa Raja Faisal di Arab Saudi.
Jenazah Tantawi dikebumikan di Jannatul Baqee, Madinah yang menempatkan makam saudara-mara dan sahabat Nabi Muhammad S.A.W.
Pemergian figura tersohor itu bukan sahaja meninggalkan rasa sedih dan kehilangan bagi seluruh ahli keluarga beliau. Ketiadaan Tantawi kini amat dirindui segenap lapisan masyarakat global yang mengingati ketokohan, kebijaksanaan dan keluasan spektrum pandangan minda Tantawi yang sering mengajak pendengar beliau berfikir.
"Perwatakannya sederhana, lemah-lembut apabila berbicara namun amat tegas apabila membincangkan berhubung isu dan masalah umat Islam di seluruh dunia," demikian ulasan Penasihat Agama Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut mengenai keperibadian Allahyarham Tantawi.
Berbeza dengan ulama-ulama tradisional yang lain, Tantawi, 82, merupakan seorang cendekiawan berpendirian sederhana dan lebih bertoleransi dalam menyampaikan pendapat dan hujahnya.
Menurut Nooh, secara peribadi beliau mengenali Tantawi sebagai seorang yang mudah didekati tanpa protokol atau temu janji.
Nooh pernah menjalani kursus Pengurusan Fatwa di Darul Al-Iftak, Kementerian Keadilan Mesir kira-kira sedekad lalu di bawah seliaan Tantawi.
Malah hampir semua kos perbelanjaan Nooh ditanggung oleh bekas gurunya itu.
BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut kedatangan Allahyarham Tantawi yang melawat Malaysia pada Julai 2003.
"Kerana sifat tawaduknya itu, beliau disanjungi oleh pelajar-pelajar Al-Azhar dan umat Islam di seluruh dunia selain dikagumi pemimpin-pemimpin bukan Islam," katanya kepada Kosmo!
Biarpun sibuk dengan tugasan seharian, Tantawi komited semasa mengajar malah menganggap para pelajar Universiti Al-Azhar sebagai anak-anaknya sendiri.
Nooh memberitahu, adakalanya jika berkesempatan gurunya itu akan mengimamkan mereka menunaikan solat di masjid selain tidak lokek membekalkan buku-bukunya sebagai panduan kepada pelajar-pelajar universiti.
Tantawi juga mewakafkan beberapa kawasan di sekitar Al-Azhar untuk dijadikan asrama pelajar di samping memberi bantuan biasiswa bulanan kepada mereka yang memerlukan.
Dilahirkan pada 28 Oktober 1928 di perkampungan Salim As-Syarqiyyah di daerah Tama, Soohaj kira-kira 290 kilometer ke selatan bandar raya Kaherah, Mesir, Tantawi merupakan anak sulung daripada enam beradik.
Minatnya dalam bidang agama terserlah apabila mula menghafal al-Quran pada usia 13 tahun sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Agama Iskandariah.
Beliau dianugerahkan ijazah doktor falsafah dalam pengajian Hadis dan Tafsir dari Universiti Al-Azhar sebelum menjadi ahli fakulti Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Islam Libya pada 1972.
Beliau kemudian berpindah ke Arab Saudi pada 1980 untuk menjadi Ketua Jabatan Tafsir, Universiti Madinah, Arab Saudi sebelum kembali ke Mesir lima tahun kemudian. Pada 1985 beliau menjadi dekan di salah sebuah fakulti di Institut Agama Iskandariah.
Tahun 1986 semasa ulang tahun kelahirannya ke-56, beliau telah dilantik sebagai Imam Besar Mesir dan memegang jawatan itu selama sepuluh tahun.
Kerana ketokohannya, Presiden Mesir, Hosni Mubarak telah memilihnya sebagai Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Sheikh Al-Azhar pada 1996.
Sebagai peneraju di universiti pertama dunia itu, beliau berjaya mengemudi Al-Azhar sama seperti tokoh-tokoh sebelumnya iaitu Mahmud Shaltut dan Prof. Dr. Abdul Halim Mahmoud lakukan iaitu melahirkan ribuan ilmuan Islam dalam pelbagai bidang.
Tantawi juga menghasilkan beberapa kitab yang kini menjadi sumber rujukan masyarakat Islam di seluruh dunia seperti tafsir al-Quran setebal 7,000 muka surat yang dikenali sebagai al-tafser al-waset yang dihasilkannya dalam tempoh sedekad.
Kontroversi
Sepanjang memegang jawatan Sheikh Al-Azhar, Tantawi dikenali sebagai seorang ulama berpandangan liberal terutama berhubung isu hak asasi wanita.
Tetapi pendapatnya sering dikritik oleh Ahli Parlimen Mesir, akhbar pro pembangkang dan pertubuhan Islam Mesir kerana dilihat terlalu menurut dasar yang ditetapkan kerajaan Mesir.
Antara isu berbangkit ialah apabila beliau menentang amalan berkhatan pada wanita sekali gus mencetuskan kritikan kumpulan hak asasi kerana tidak menurut cara Islam.
DELEGASI Mashitah (kiri) dan rombongan pegawai kerajaan Malaysia melawat Tantawi di Mesir pada penghujung Januari lalu bagi membincangkan isu-isu semasa dan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.
Tujuh tahun lalu, ketika Perancis dikritik oleh dunia Islam kerana mengharamkan tudung di sekolah-sekolah di negara itu, Tantawi menyatakan menutup aurat adalah tanggungjawab semua wanita beragama Islam. Bagaimanapun, negara bukan Islam berhak menentukan undang-undang mereka sendiri.
Tahun lalu, sekali lagi kontroversi tercetus apabila beliau melarang purdah di semua sekolah dan kediaman yang bersekutu dengan Universiti Al-Azhar kecuali di kelas yang mempunyai guru lelaki.
Tantawi pernah didesak meletak jawatan kerana bersalaman dengan Presiden Israel, Shimon Peres pada persidangan antarabangsa di New York dua tahun lalu.
Kepada Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid, biarpun sering dikritik, Tantawi sentiasa tenang dan tidak mudah melenting malah bersedia menerima pandangan orang lain.
"Sebagai seorang yang mahir dalam bidang akidah dan falsafah Islam, Tantawi tidak gentar menyatakan kebenaran dan pendapat.
"Beliau melihat konteks Islam dalam skop yang lebih luas dan sesuai dengan perkembangan zaman," ujarnya yang juga pernah berguru bersama Tantawi selama tiga bulan di Mesir tujuh tahun lalu.
Mengambil contoh isu purdah, Mohd. Tamyes berkata, ulama itu tidak sewenang-wenang mengharamkan pemakaiannya tanpa mempunyai alasan yang kukuh serta dirasakan wajar.
Katanya, Islam tidak melihat pemakaian purdah sebagai sesuatu yang wajib kepada seseorang wanita kecuali ia boleh menimbulkan pelbagai fitnah kepada dirinya.
Beliau menjelaskan, ketika ini kerajaan Arab Saudi turut melarang pemakaian purdah dalam kalangan wanita semasa memasuki Masjidil Haram atas faktor keselamatan.
Apakah pandangan Mohd. Tamyes berhubung isu Tantawi bersalaman dengan Presiden Israel dan pemimpin-pemimpin asing wanita? Mohd. Tamyes menjelaskan, ia hanya sekadar menunjukkan perasaan hormat ulama itu kepada orang bukan Islam selain mengelakkan perasaan aib individu terbabit.
"Kita semua tahu sekali pun berjabat tangan dengan wanita ajnabi (dibolehkan berkahwin) hukumnya makruh sekiranya tiada sebab tertentu, ia dibolehkan dalam keadaan tertentu.
"Sebagai orang Islam kita dikehendaki menghormati dan sentiasa menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan orang lain selagi ia tidak menyakitinya," katanya.
Tantawi juga menolak pendekatan yang ekstrem seperti yang dilakukan oleh kumpulan Taliban dan Al-Qaeda semata-mata mahu menunjukkan permusuhan mereka terhadap bukan Islam.
Beliau menyifatkan tindakan Osama Bin Laden yang memanggil pengebom berani mati semasa serangan 11 September pada 2001 sebagai jihad tidak sah dan tidak terkandung dalam ajaran Islam.
Tantawi menggelar pengebom berani mati sebagai musuh-musuh Islam dan memberitahu mereka yang berlainan agama harus bekerjasama dan seharusnya tidak bermusuh atau terlibat dalam konflik.
Menurut Tantawi, unsur ekstremisme adalah musuh Islam sedangkan jihad dibenarkan untuk membela dan membantu mereka yang tertindas, perbezaan di antara kedua-dua tindakan itu ibarat langit dan bumi.
Dalam satu kenyatannya semasa Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar di Kuala Lumpur dua tahun lalu, Tantawi menjelaskan terdapat perbezaan antara meletupkan diri di tempat awam dengan di tengah-tengah musuh.
"Mereka yang meletupkan dirinya dalam kalangan musuh yang cuba untuk membunuh dan memusnahkan negara mereka, maka pembunuhan diri seperti itu adalah syahid.
"Tetapi mereka yang meletupkan diri dalam kalangan wanita, kanak-kanak dan di pasar awam, tindakan itu bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.
TANTAWI menerima kunjungan pewaris takhta Britain, Putera Charles dan isterinya Camilla yang mengadakan kunjungan ke Masjid Al-Azhar di Kaherah pada Mac 2006.
Sementara itu, Presiden Perancis Nicolas Sarkozy berkata, Tantawi bekerja tanpa kenal penat lelah untuk mempromosikan pemahaman antara bangsa dan agama.
Malaysia negara Islam
Keluasan ilmu agama Tantawi turut diiktiraf apabila beliau sering kali dijemput untuk menyampaikan ceramah pada seminar dan majlis ilmiah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, Tantawi kagum dengan pembangunan dan kemakmuran Malaysia yang dilihatnya berpotensi untuk menjadi sebuah negara Islam yang maju satu hari nanti.
Mashitah berkata, semasa pertemuannya dengan ulama itu di Mesir pada penghujung Januari lalu, ulama itu melahirkan rasa bangganya terhadap rakyat Malaysia yang disifatkannya mempunyai akhlak yang baik.
"Tantawi menjelaskan, untuk mewujudkan sebuah negara Islam seperti Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa namun tetap hidup dalam keadaan harmoni bukannya sesuatu yang mudah.
"Beliau menjelaskan kepada saya, sedangkan di beberapa negara Islam yang telah lama wujud sebelum Malaysia, masyarakatnya masih berpecah-belah dan bersengketa disebabkan perbezaan mazhab dan agama, tetapi ia tidak berlaku di Malaysia," katanya terharu kerana mendapat pujian daripada Tantawi sehingga di gelar Ummul Azhar yang bermaksud anak didik Al-Azhar atas kejayaannya dalam kerjaya dan politik.
Sepanjang hayat Allahyarham Tantawi, beliau berhadapan dengan zaman cabaran paling hebat buat umat Islam dan pemahaman global mengenai agama suci itu. Kini, beliau sudah tiada. Beliau sudah melaksanakan bahagian dan tanggungjawabnya.
Rahsia kenali diri melalui tulisan by Dato’ Dr haji mohammad Fadzilah Khamsah
Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. • Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. • Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat Semua huruf ditulis dengan bulat • Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper Tulisan yang angular dan sharp • Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan • Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri • Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak • Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur • Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang • Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat • Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor a) Besar, panjang dan sempurna • Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna • Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi • Tahap aspirasi tinggi ii. Rendah • Mudah berpuas hati, cita-cita rendah iii. Tengah-tengah • Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.
Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.
Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.
Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.
Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.
Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.
Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.
IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.
Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.
Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.
Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.
Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :
“ Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.”
Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.
Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.
Saya juga ada menulis tentang hukum memakai niqab pada keluaran yang lalu. Sila lihat :
Wartawan-wartawan akhbar perlu menilai perkara ini dengan teliti.Muslim yang baik bukanlah yang terjatuh ke dalam lubang sebanyak dua kali walau telah diperingatkan berkali-kali.
**********
Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...
Selagi tidak mencuba, selagi iu kita tidak tahu akan hasilnya.... Itulah yang senantiasa bermain di fikiran penulis tatkala terlintas pada akal ceteknya untuk menghasilkan blog..Alhamdulillah, tidak sesukar mana untuk menghasilkannya dan Insya Allah, moga-moga tidak sukar juga blog ini menjadi medan penyampaian ilmu barang sedikit ...
Kewujudan blog ini adalah satu permulaan, dengan matlamat menyampaikan sesuatu serta keinginan berkongsi apa sahaja maklumat serta pengetahuan dengan para pembaca sekalian disamping keinginan penulis untuk melatih diri ini dalam bidang penulisan..
Adapun sebagai seorang yang baru dalam bidang ini, adalah diharapkan suatu teguran atau kritikan membina sebagai pemangkin semangat buatku.... sebagai penulis baru..
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sejak awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.